Wednesday, May 10, 2006

Warkah buat teman

10 mei 06

Teman,
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yang kukuh
Nan Aqidah Muslim
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..

Wahai temanku an nisa
Engkau sedia maklum
Engkaulah hiasan dunia, Lantaran fitrah itu
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku arrijal
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki
yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi
Dan tentulah temanmu yang diimpi
Seorang serikandi...

Wahai temanku an-nisa
Aku mengetahui halusnya perasaanmu
Engkau ingin disayangi,ingin dimanjai
Engkau juga ingin menyayangi juga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu,
Temanmu arrijal juga begitu..

Tetapi temanku an-nisaKetahuilah engkau
Bercinta itu fitrah
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah
Kalau benar engkau mengasihinya
kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah
Dan jika engkau benar mengasihinyaKeranaNya
Engkau tak kan bisa
Melunakkan soutul engkau
Engkau tidak kan bisa
Melemparkan panahan menggodamu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang arrijal

Kerana engkau tahu
Itu bisa menggoyahkan iman seorang arrijal
Dan engkau mengetahui
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu
Namun nafsu itu sentiasa beraja
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu
Nafsu raja yang menggila!

Kerana engkau tahu sahabatku an nisa
Dia kan terjerumus ke dalam api yang membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila..
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

Wahai temanku arrijal
Andai engkau mencintainya
Cintailah ia keranaNya
Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia
Andai engkau mengasihinya keranaNya
Engkau tidakkan bisa
Mengajaknya bermukah di taman sepi
Kerana engkau tahu,Dia punya 9 nafsu
1 akal,Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?

Andai engkau mengasihinya kranaNya
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yang ringan-ringan
Kerana engkau tahu
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!

Dan engkau tahu bukan ?
Zina tempatnya di api yang menjunam)
Apakah engkau benar mengasihinya,Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa
Sahabatku arrijal Aku mengasihimu LILLAH
Lantaran itu
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki
Dan engkau kan merasa cinta manusia ..
Sedikit cuma..Andai Dia yang engkau dahului
Engkau takkan gelisah
Andai dia tidak mengirim sebarang sms
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata
Engkau tidakkan rindu
Andai sehari tidak besua
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa
mengatakan I love you
Kerana engkau percaya..
DIA yang terbaik..

Lantaran DIA yang terbaik
DIA akan menentukan yang terbaik untukmu
Dan andai dia yang terbaik untukmu
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yang terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tak ke mana..
Yakinlah!Apakah benar engkau meyakini takdirNya?

Sama2lah teman
Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepas
Serahkan segalanya pada DIA..
Kerana DIA tahu yang terbaik
Sedangkan kita tidak.
ALLAHualam.
Akhirul kalamLetakkan si DIA dalam hatimu
Engkau akan merinduiNYA
Andai harimu tiada ingatan kpdNYA
Engkau akan gelisah
andai DIATidak mendengar rintihanMu
Engkau kan rindu
Andai DIA tidak memandangmu
Engkau kan tak keruan
andai Doamu ditolak..
Dan itulah cinta hakiki..
Kerana engkau yakin
Di sana adanya sebuahPertemuan
di taman Syurga yang Indah..
Bercintalah kerana ALLAH..
Dan Engkau akan merasakan
Erti bercinta yang sebenarInsya ALLAH!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home